bakal menyusul

3 07 2009

salam kawan2…lama tak dapat menulis di sini. cite2 yang dah lama terperap dan bakal menyusul nanti ialah Kembalikan Cintaku (Norhayati Berahim) dan satu lagi novel saya lupa pulak tajuk yer adeiiiiii…cepat betul hilang ingatan…nanti saya upload entry2 tu. satu lagi cite kota cornwalis pun dah hampir sebulan “terperam” macam tu je.

***terima kasih kepada yang sudi ambik berat cuma masa saja yang menghalang untuk saya respons pada mesej2 anda. saya cuma bleh ucapkan terima kasih banyak2. dan terima kasih kepada insan yang tolong menaip entry ini untuk saya





korban cinta

27 05 2009

salam kawan2…sepanjang ketiadaan entry baru korang layan la lagu ni ya. sy tinggalkan anda dengan lagu ni. semoga hidup kalian sentiasa bahagia. im awayselamat bercuti

Berangkat pergi biduk kukayuh
Sarat hati yang luka
Agar tak lebih menyakitkan
Jika masih di sini

Bukan cuba untuk melarikan
Dari kerumitan cinta
Tapi waktu ini perlu untukku
Mengupas segalanya

Kadangkala pedih kini mencabarku
Melupakan semua
Tapi perasaan kasih padamu
Melebihi diriku
Tapi engkau bagaikan
Tidak mengerti
Halangan cinta hanya kita berdua
Terpaksa aku pergi mencari
Kesilapan sebenarnya

Mengalah bukan kalah
Pergiku bukan lari
Bukan mudah bercinta
Jika pengertian tak setaraf
Menagih korban yang lebih dalam





status: skema jawapan

24 05 2009
tengah berhempas-pulas siapkan skema jawapan.
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiicepat2 la siapkan skema ni…urmmmmmmmmmmm





gendut si batu api

23 05 2009

gendut ni wat hal lagi. sy ingatkan dia dah bertaubat. rupa2nya sama je perangai dia dari dulu sampai la sekarang ni. sy pun heran mungkin dia ni suka sangat kot tengok orang lain bercakaran dan dia pulak nanti senang2 saja cakap owhhhhhhhhhh…sy tak tau ya sy tak mau masuk campur. ini bukan urusan sy. senang je kan cite yer. kes2 yang berlaku sejak akhir2 ni sy dapat lihat gendut macam ambil kesempatan. sy tau dia tunggu sy bersuara je. dan2 dia kata sy yang cakap benda tu nanti. suka la hati dia kan…dia terlepas. nak2 je sy tampar mulut dia yang celupar tu kan. tapi bersabar je la banyak lagi perkara yang boleh digunakan dengan tangan sy ni. yer sy sedar diri pendatang je jangan wat tak tentu pasal kang sy jugak yang bersalah. depa jugak yang baik belaka. dan yang pasti gendut tiba2 akan jadi pekak dan bisu bila sy ‘dikerjakan’ yang konon2nya sy yang cakap semua tu. sy dah dapat agak dah apa yang akan berlaku seterusnya. berhati2 la dengan orang sekeliling. dia baik dengan kita belum tentu dia dapat menyenangkan kerja kita. malah merumitkan lagi keadaan. sy harap ada yang faham apa yang sy nak sampaikan sebenarnya…titik





tahniah lagi…

21 05 2009
minggu dapat kad kahwin. normal la tu esok2 dah nak cuti sekolah 2 minggu. memang berderet orang nak buat kenduri kawin. hari ni dapat kad kawin daripada andi & yusuf. terima kasih banyak2 sebab menjemput. tahniah korang nak kahwin. cute je kad dia…ada wangi2 lagi…hiks.
sy baru teringat nak ajak mamat pergi cari hadiah nanti. dia kan rajin bab2 membeli hadiah kahwin ni. kalau bingung2 tak tau nak bagi hadiah apa tanya je dia mesti ada je jawapan yer. sy terrrrrrrjumpa dengan kawan sy itu. owhhhhhhhh…dia mengandung lagi. syukur la dia bahagia (apa kena mengena mengandung dengan bahagia….wakakakakakkaka). dia siap nak menyorok2 lagi, tapi kan cam ner la jugak kau nak lari dengan bawa perut ke depan. lucu pun ada tengok gelagat dia macam tu. relax la kalau kau tak buat salah buat apa nak takut. sy dah tak tegur dah geng2 hantu tu….tepukan pada diri sendiri kerana berjaya membuatkan depa rasa menyampah yang amat sangat..ecehhh.

sekarang ni tengah mencari kertas jawapan syok sendiri. hari tu gatal2 pergi menjawab soalan bahasa melayu. pastu entah mana tercampak. mungkin terselit sekali dengan jawapan budak2. mati la kalau cikgu tu jumpa nanti. tak pasal dia ketawa guling2 je nanti…aiyaaaaaaaaaaa





majlis kahwin

20 05 2009
macam tak de apa sangat nak update sepanjang minggu ni. macam biasa je rasanya. masih bernyawa dan bernafas macam makhluk Tuhan yang lain. hiksssss…pe lagi. perkara bodoh tengahari tadi wat sarat kepala je kalau pikir. merasa la mendengar bebelan kak su masa sy tengah terhegeh2 klip kertas untuk paper esok pagi. memang cammm pe je lagi sekarang ni. sy kecewa dan kecewa bila awal2 lagi sy dah letak expectation yang tinggi sangat2 kat beliau. dalam masa yang sama sy berdebar2 menanti kehadiran 23 mei ni. seriau pun ada. saboo je.

tak sangka lak minah ni hantar kad kawin kat sy. terima kasih banyak2. tapi tarikh yer 31 mei (tak pe nanti suruh je shida & konco2nya hantarkan hadiah kat minah ni). dah bersusun dah kawan2 sy nak kawin time cuti sekolah ni. tengok2 jugak yang mana bleh sy datang sy pergi. ikut keadaan la yer. jangan la marah2 cam hari tu, memang tak dapat nak buat macamana sekalipun.

***terima kasih jugak pada yang sudi bagi segala kad, munge & hadiah2 yang cute itu. sy menghargainya…terima kasih banyak2.





jaga diri baik2

19 05 2009
layan je dulu gambar2 ni ya….away (status)





zamani: damai di hati

18 05 2009

(nak dengar lagu yer, sila la ke laman satu lagi ek)

Malam yang sepi
Aku sendiri

Di ingatan tergambar wajahmu
Tidak kau sedar

Hatiku kau luka

Adakah aku yang bersalah

Yang terluka dan kecewa

Kepedihan yang ku alami
Masih ku terasa Peristiwa lalu
Waktu bersamamu kasih

Biar ku menangis

Biar ku merintih

Walau terluka di hati (seksa di hati)
Pergilah sayang
Menyusur arahmu

Biar ku cari
Damai di hati

Lagu/Lirik: Arab (NRG)/Jasmin (NRG)

***pe tanda yer kalau dah mula upload entry lagu zamani???????????
***opss sorry, curi gambar friendster





midterm exam

18 05 2009
sekarang ni midterm exam kat sekolah sy. sampai sekarang belum habis klip paper…banyak betul dugaan nak habiskan keja ni..wahhhhhhh bagi alasan. sekarang ni daya ketahanan untuk buat sesuatu kerja dah merosot gila2 malas nak mampus. klip untuk 3 kelas pastu tinggal. esok lusa belum tentu nak sambung balik. dasar dah jadi pemalas tegar ni. heran la napa macam tak rasa suasana exam sekarang ni??? adakahhhhhhhhhhhhh…tak yah cite berjela2 kang kena saman lak. apa2 pun sy doakan pelajar2 sy semua berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. sy pun nak minta ampun banyak2, paham2 je la time mengajar kekadang cikgu yer ni lupa diri jugak kan.

muka banyak masalah sekarang ni nak juga menjaja muka kat sini. hehehe…tak sedar diri gak kan. ye la esok lusa nanti tak dapat online lak kan. mau menawau esok untuk open tiket dan selesaikan urusan bank. best pulak tengok orang yang senang-lenang tak payah berusaha tapi gaji bulan2 masuk. bertuah kan hidup orang…





iklan rhb

17 05 2009

saje je nak share ngan korang. iklan rhb yang nak minta tandatangan penjamin. berdesup je kawan2 pejabat dia selamatkan diri. banyak kali tengok iklan ni tak bosan kelakar je tengok…hehehe korang layan je la ekmenari





Selamat Hari Guru 2009

16 05 2009

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik dan tenaga pengajar seluruh dunia. tahun ni temanya “Guru Pembina Bangsa Negara”. tadi sy tanya pakcik google siap ada lagu tema lagi untuk hari guru tahun ni. ecehhhh…bagus ler kan. ni haa lagu yer sy copy & paste dari laman web ni..nak tau lagu dia pergi la terjah laman web sana tak kuasa nak upload kat sini wat melambatkan nak bukak page je nanti. sy tak suka buka blog yang lambat sangat nak upload. lambat wat sy bosan menunggu nak baca entry blog korang tau.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

***Selamat Hari Guru buat semua…tenkiu yang rajin wish.
***layout baru lagi…entah bila la nak berhenti tukar2 layout (cepat benar jemu dan gatai tangan nak ubah)
***nak tengok yazid malam ni…yeeeeha

updated…

ni artikel berkaitan dengan dunia pendidikan juga…Utusan Mingguan (17 Mei 2009)

Hari Guru dan kita
Semalam 16 Mei adalah Hari Guru. Kita semua, tidak kira apa kedudukannya, kaya atau miskin, baik atau sebaliknya pasti pernah dididik oleh guru. Ini bermakna semua orang pernah terhutang budi dengan manusia mulia bernama guru.

Tapi seperti biasa, Hari Guru lebih tertumpu kepada kalangan pelajar sekolah. Hari Guru semacam tidak terkeluar dari lingkaran alam persekolahan. Malah sebahagian besar daripada kita terlupa adanya Hari Guru.

Kalau tak percaya, hitunglah berapa banyak artis kita termasuk yang kaya raya dan popular melangit tingginya bercakap tentang guru mereka? Mustahil mereka tidak mempunyai guru tapi guru tertinggal dalam sejarah apabila Hari Kekasih misalnya lebih utama bagi mereka.

Malah guru sentiasa wujud pada titik dan selekoh dalam perjalanan hidup kita. Orang yang memberikan sepotong ayat yang membawa kebaikan adalah guru. Artis-artis kita meraikan Hari Kekasih danberbelanja besar untuk satu cara hidup yang asing itu, kenapa tidak ada sedikit untuk Hari Guru?

Siti fikir, ada guru yang berbangga kalau ada antara anak muridnya menjadi artis yang baik, perilaku baik, pakaian “cukup kain” dan tidak berebut lelaki di depan khalayak. Ini kerana guru tak ajar muridnya menjadi artis yang senget pekertinya.

SITI JARUM: Terima kasih, Cikgu.

Antara dua realiti

Di depan Jabatan Pelajaran Kedah di Alor Setar Rabu lalu sebanyak 3,000 orang berbaris panjang untuk mencuba nasib mengisi beberapa jawatan kosong di jabatan itu. Mereka adalah kalangan yang memburu pekerjaa.

Ironiknya, ada juga yang sanggup berbaris panjang bukan kerana mencari pekerjaan tapi mahu menjadi artis. Beberapa program yang kononnya “realiti” telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Semuanya nak jadi artis.

Melihat satu fenomena di mana beribu anak-anak muda terutamanya Melayu yang terlalu taksub hendak menjadi artis, Siti antara yang sangat dukacita. Mereka hanya berbekalkan “untung sabut timbul.” Tidak ada bekalan lain.

Maka tidak hairanlah selepas berpeluang menjadi artis, mereka tergagau untuk membina kerjaya yang mereka pilih. Banyak yang berjaya menjadi popular tapi tidak banyak yang berjaya membangunkan kerjaya.

Kerana itu Siti berbangga dengan 3,000 orang yang sanggup berbaris di bawah terik panas matahari untuk mendapatkan pekerjaan halal. Tak calarkan hati mak dan ayah. Walaupun yang berjaya mendapat jawatan yang ditawarkan itu tidak popular macam artis tapi Siti percaya imbuhan yang sedikit itu lebih memberi ketenangan.

SITI JARUM: Pernah bercita-cita nak jadi posmen. Ops… poswanita.





esok hari guru rupanya…

15 05 2009

esok hari guru rupanya…tu pun lepas dapat mesej kat friendster’s comment daripada zairul si puterikubur (nickname ym die). alahai cepat yer masa berlalu kejap je dah sambut hari guru pulak tahun ni. yang penting nak masuk peperiksaan pertengahan tahun dah pun. sy masih dalam mood terkial2 nak klip kertas exam yang menimbun2 tu. sampai skang masih duk dalam siM tu, mati la nak angkat punggah masuk umah. esok lusa kalau linna datang suh dia je la tolong2 kan. hahahaha…buliiii.
hari ni masih lagi pening gara2 ubat kelmarin. kelmarin satu hari sy tertido gara2 telan ubat yang tak seberapa tu. terjaga pun sebab bunyi telefon yang mula2 sy ingat bunyi lagu je la dalam tido. sekali bila muka mata awat gelap sangat ni. owhhh…baru teringat sy dah telan ubat pas zohor tadi. panadol pun sy leh tido jugak kalau telan 2 biji. bangun je konon2 nak cari nasi, say sorry to nasi tak dapat jugak nak telan. mesti nasi terloncat2 hepi sy tak makan dia malam tadi. pagi tadi pun konon pi beli nasi kerabu…makan rasa cam telan ubat je…tapi habis gak. cehhhh…balas dendam berlapar malam tadi. doktor dah haramkan sy makan telur. kalau ingkar arahan tunggu la padahnya. yela…sy ikut kali ni. gambar kat atas tu, gambar mamat kat kedai fax. cepat2 je sy bersiap kuar petang tadi sebab nak fax sesuatu kat miss lin. maaf ler baru sekarang dapat fax padahal berjanji dari hari selasa lagi kan. tel miss lin tak dapat lak mungkin dia off hari ni.
pagi tadi pergi je sekolah dapat berita tentang yati masuk wad. semalam dengar dia mc je. rupa2nya ditahan di wad pulak. tak sempat lagi nak melawat sebab tadi teragak2 nak pergi. tak yah ler cite napa tak jadi pergi. tapi tetap nak tulis yati masuk wad kena tahan sebab kurang air dalam badan. cepat2 sembuh yati…

sempat gak rembat majalah mingguan wanita kat kedai tadi. nyampah lak tengok cite ni kat majalah. teringat dulu ada baca kat blog sorang ni. entah la tuhan je la yang tau kebenarannya. titik.

ambikkkkk…dia salin kamus tu nak jimat punya pasal. sy dulu ada kamus BA dua tiga kali sebulan baru nak selak tu pun bila kena hambat ngan ustaz suruh wat insya’ kalau tak jangan harap. masuk kat nilam puri lagi la terhegeh2 nak tengok kamus. cam rasa bagus lak bila duk dengan budak2 yang pandai BA dia akan terangkan kat kita yang tahap bangang BA yer. dan sy ni pulak percaya sebijik2 apa yang diterangkan gara2 malas rujuk kamus. sampai skang sy masih ingat sorang ustaz tu cakap kat sy hari pertama dia mengajar sy…butaaaaaaaaaaakah sampai tak pandai baca ayat ni!!!!!!! (baca dalam keadaan nada suara yang paling tinggi). sumpah sampai sekarang sy tak suka morfologi yang dia asaskan. sapa suh tengking sy macam nak gugur jantung??? kan dah jadi benci ngan subjek dia sampai habis sem. sapa yang rugi??? sy jugak kannnn.


dah berapa tahun dah habis belajar tapi baru sekarang sy nak amalkan apa yang pensyarah sy suruh berulangkali dulu2 tu. sy ingat lagi nama dia firuz hussin. dia ajar kami wat file mesti ada sistem nombor baru senang nak cari bila diperlukan. sekarang baru sy rasa penting sangat apa yang dia suruh dulu2. pakabar firuz??? napa tak mau add sy as a friend kat facebook ni??? dia tak bagi kami panggil dia cikgu leh panggil nama dia je (kang ada lak tuduh sy kurang ajar ngan pensyarah lak bila mention nama je ni…dush2 kang korang ni)





dah nak midterm

13 05 2009
AziS
minggu depan sekolah sy ada midterm exam. belum lagi klip kertas…adeiii.baru terhegeh2 bagi siap penilaian. pelan2 je la sy wat. lebih baik ada daripada cakap2 saja tapi nan ado. kang apa2 hal terkena susah jugak nak menjawab soalan yang entah apa2 je ditanya nanti. jangan cakap banyak nanti kena taram susah pulak. duk diam2 wat keja sendiri. masuk kelas macam biasa. pi balik kerja pun macam biasa saja la. tak de yang istimewa apa2 dah.
kelmarin petang sy ke ppd, amik waran tiket. dah dapat dah. syukur la sekurang2nya dah selesai satu masalah. orang nampak sy ok tapi sebenarnya Tuhan je la yang tau macamana. dah banyak benda sy buat silap. sampai dah tak boleh nak toleh belakang dah. harap2 apa yang sudah berlaku akan datang sejuta rahmat dalam hidup sy nanti. entry tak banyak sejak akhir2 ni sebab terikat dengan beberapa projek jangka panjang. dalam proses menyelongkar semula buku2 lama dan nota2 lama yang akan sy gunakan nanti. niat sy mau sambung belajar dua tahun lagi insya Allah. takkan sampai bila2 sy terus jadi macam ni. sy tak seronok sebenarnya macam menipu diri sendiri. sekurang2nya sy mau cari jalan untuk lepaskan diri daripada masalah yang betul2 memeningkan kepala sy sekarang ni.


dua budak comel sebelah umah sy ni. depa ni tiap2 hari terconggok depan umah. asal sy balik umah duk jerit2 cikgu2…dia kan…cikgu2…dia kan…aiseyyy macam mengajar tadika la pulak rasanya. adik-beradik depa ni rapat2..macam setahun sorang je sy tengok. paling tak tahan kalau sy mau kuar jalan petang2, ada hati nak menyusup dalam keta ikut sy pergi pekan. amboiiii…kang sy dituduh menculik anak orang pulak nanti.





dengar je

12 05 2009

tengok dan dengar je..komen??? tak perlu rumitkan keadaan
tunggu je la





selamat hari ibu

11 05 2009

terima kasih untuk segalanya…
anakmu yang banyak menyusahkan hati dan hidupmu…




aktiviti pbsm

10 05 2009

dimulakan dengan kawad kaki. ni kalau bapak polisi tengok mesti depa pun gelak terguling2 tengok gaya budak2 ni berkawad. hampeh je korang ni…cepat benar lupa apa yang diajar. paling lawak bila sebut nombor genap ganjil tak paham tapi bila guna istilah bahasa inggeris baru oooo…aaaa. sistem pendidikan kita yang kucar-kacir.
dah puas berkawad, ada lak sesi ceramah. semua tekun je menyalin…bagus ek korang ni. salin…salin…faham ke idak??? hiks…tak pe nanti kita tanya sorang2 yer.
ada aktiviti berkumpulan. tujuan yer untuk membina semangat berkumpulan di kalangan pelajar. bagus semua bagi kerjasama. tak da pengalaman mengajar budak2 kecik (tingkatan 1 dan tingkatan 2), jadinya cepat ler rasa rimas nak marah dengan karenah depa ni. aiyaaaa…cikgu rimas tau korang duk jerit2 macam terasa duk mengajar kat sekolah rendah.

ni pengalaman baru untuk sy. sabar…sabar…depa kecik lagi. banyak benda tak paham. ajar sekali nganga lagi…ajar lagi…ajar lagi…dan ajar lagi sampai pengsan. kena turunkan tahap paling rendah. guna perkataan yang senang2…baru la ok sikit.
lucu la dengan budak2 kecik ni…ikut dan patuh pada arahan. disuruh berbaris…tegak je barisan depa ni. berbanding dengan abang2 dan kakak2 yang balok liat ni. paling haru budak2 kecik ni belum kita habis bagi arahan depa dah gerak dulu dah….adoiiiii.


muka cikgu yer yang pelik tengok aksi budak2 yang entah apa2. sampai jam 12 lebih kami di sekolah. ada lagi ke perjumpaan??? bagitau je ok.





leh kenalkan diri

9 05 2009

nak tau apa benda? tolong click kat gambar untuk enlarge gambar ya. leh kenalkan diri tak? selalu je awak masuk tapi tak pernah tinggalkan komen apa2. nak jugak kenal sapa orang yer dari penang ni.





Protected: Tercipta Untukku bersama Untukmu Selamanya

9 05 2009

This post is password protected. To view it please enter your password below:






koir peringkat daerah semporna

8 05 2009

ada sorang cikgu tu cakap asal wat kat sekolah kita je mesti menang. tapi bila kita pergi bertanding kat sekolah lain mesti kalah…hehehe. sapa mau jawab??? gurau2 aje. kualiti gambar tak cantik sebab sy amik pakai hp je. tak de kamera besar godang tu belum mampu nak beli lagi..hiks. sampai2 je dewan rupanya depa dah start nyanyi. alahai dapat tengok lagu yang kedua je la.
sy snap gambar piala ni. duk terletak elok kat meja jurulatih koir ni. apa2 pun tahniah ek…tahun depan mesti juara lagi tau. dengar2 lawan kat lahad datu lak nanti…betul ke? kalau silap info tolong betulkan…

best yer ntv7 tayangkan semula cite ni. sy suka tengok zaman2 sekolah menengah dulu. tajuk yer “The Good Old Days”. dari isnin sampai jumaat, jam 1.30 petang sampai 2.30 petang. rtm teruk la pi ubah siaran cite Gelora Di Hati Sara…menyampahhhh

***blog satu lagi yang segala2nya ada telah “dibuka” kembali seperti biasa. ditutup disebabkan “serangan manusia yang tak bertanggungjawab”





choral speaking

7 05 2009
kelmarin sy diminta oleh seseorang untuk hantar budak2 ke jeti. depa akan ke smk berpusat bum2 untuk pertandingan choral speaking. 35 orang tambah ngan cikgu yer 5 orang. ramai betul…napa nak wat kat pulau sana jugak ni??? gambar yang korang tengok ni bukannya budak2 sekolah sy, cikgu2 yang melepak tepi2 tu pun bukan. sy dalam keta dah nak balik dah. antar je pastu balik ke sekolah balik. nak tau apa yang terjadi kat pertandingan tu korang leh jejak kat laman ini yer.

sepanjang sy bertugas kat semporna ni belum pernah lagi naik bot pergi mana2. kawan2 sy yang sama posting dengan sy dah merasa berjalan ke pulau mabul, pulau kapalai semua. sy cuma menikmati gambar2 je la. sebab??? sy ada satu habit yang tak dapat nak ubah dari dulu lagi…G.A.Y.A.T. korang paksa la macamana sekali pun sy tetap buat tak tau jer. macam2 alasan bleh sy bagi…kalau dulu cakap parents tak kasi skang ada alasan baru lak kannnnnn??? satu lagi minta maaf kalau orang yang sy ikut bukan ahli keluarga sy memang sy takkan pergi jejak pulau2 tu. sy pernah jatuh dalam air kecik2 dulu…time tu tak tau nak wat macamana yang sy ingat abah yang amik sy angkat duk atas batu. sampai sekarang tak berani sangat dengan air ni. meraung nanti kat jeti tak mau naik bot dah.

balik singgah beli roti untuk sarapan. bila nak jumpa roti2 yang berjenis sikit ni…hahahahahahaha. telan je asal kenyang. boleh isi perut jangan banyak songeh kalau nak idup lama2. macam la lahir dalam dulang emas nak merungut itu ini. tutup je mata korang laju2 kalau baca ayat2 merungut ni…ok.

saja nak jaja muka kat sini. pesanan untuk nuar esok sy nak booking untuk aktiviti sabtu ni. jangan wat lupa2. sekeh kang nanti. mamat…kau ada lagi tak ni??? napa tak angkat bila sy tel ni. berapa lama kau nak majuk. esok2 aku ngan leya nak ajak hang pegi survey tempat ni…ikut ekkk




rindu terhenti

6 05 2009
sy tak dapat tengok grand final oiam untuk season ni. sy tengok oiam tiap2 minggu time slot tomok aje pastu tukar channel lain. gelakguling sama la jugak time sy duk tengok aim hari tu punya mengantuk sekali time tomok present terus celik je mata kejapjelir. sampai kena warning lagiiiiiii. korang paham ke ni??? wat2 je paham..angguk laju2 ok. bila baca paper tengok tomok menang…sengihnampakgigihiks. dapat tengok kat youtube aje la…sapa yang tak suka jangan layan ok…nak gelak guling2 gelak la i tak kisahhh.